Wednesday 24 June 2015

Pengurusan Stress

Ingin saya abadikan nota Kursus Pengurusan Stress di sini..



Sebab Stress
Apabila kita diminta sesuatu (demand) di luar kemampuan kita.
Termasuk daripada : murid, ibubapa, rakan, anak, suami, mertua, keluarga, syarikat dll.

Keupayaan meluahkan stress

Bijak memendam rasa



Punca-punca stress
-dapat arahan secara tiba-tiba
-letih
-tidak dihargai
-seseorang tidak mahu ikut kata
-fikir masalah berat
-dimarah tanpa usul periksa
-melakukan kesilapan


Tindakbalas terhadap stress
-marah
-berpeluh tapak tangan
-migrain
-pelupa
-badan rasa lemah


Stress itu perlu. Ada positifnya.
Jika tiada stress, tak buat kerja la pulak..

Kita tak dapat lari daripada stress. Kadarnya berbeza bagi setiap orang. Yang penting bagaimana kita menanganinya.

Bagaimana mengurus stress
-mengurus diri
-mengurus pemikiran
-mengurus jasadi
-management qalbu spt doa dan baca quran.


Masalah dan Konflik

Masalah - sesuatu yang memerlukan penyelesaian.
               - perka/keadaan yang menimbulkan kesukaran/kesulitan.

Konflik - perselisihan/pertentangan antara individu, idea, kepentingan dll.

Konflik sosial - satu ketidaksetujuan matlamat kerana apabila sesuatu pihak mendapat                                                   kebaikan, keburukan/kehilangan berlaku kepada pihak yang lain.


Bentuk Konflik
1) Konflik intrapersonal - konflik matlamat
                                        - kekecewaan

2) Konflik interpersonal - konflik individu dengan individu
                                        - konflik individu dengan kumpulan

3) Konflik antara kumpulan



* Kemahiran itu dapat  dengan cara melakukannya sendiri.


KEMAHIRAN YANG PERLU DIBINA.

1) PUJI BENDA
Contoh ayat :-
Saya suka bunga di atas meja itu kerana ia menceriakan suasana.

2) PUJI DIRI
Contoh ayat :-
Saya suka diri saya kerana saya manis dan baik hati.

3) PUJI ORANG LAIN
Contoh Ayat :-
Saya suka sikap anda yang mudah mesra walaupun kita baru kenal.

4) BERI PANDANGAN/CADANGAN BARU
Contoh ayat :-
Saya cadangkan agar kawasan anjung depan dipasang awning hingga ke pagar.

5) BERI PANDANGAN KONTRA
Contoh ayat :-
Saya tidak setuju duduk di kerusi lama-lama kerana nanti sakit pinggang, lebih elok jika kita semua duduk bersila sahaja kerana agak bebas bergerak.

6) Soalan : Apa jadi jika tidak berpuashati?
    Jawapan : Luahkan dengan sopan dan berani.

No comments:

Post a Comment