Sunday 26 June 2016

Pengalaman Biopsi Di Leher

Incisional Biopsy.

Nervesnya hari ni nak kena buat biopsi..

Dah mintak tangguh dengan doktor untuk tunda selepas raya tapi doktor tak benarkan. Siap ugut nak hantar polis datang rumah cari jika tak datang ke hospital. Mula-mula saya kena buat biopsi pada 20/6/2016 tu juga tapi saya mintak tangguh kerana tak bersedia buat pada tarikh tu dicampur dengan perasaan terkejut dan tak tau apa itu biopsi..kenapa mesti buat biopsi. Macam-macam lagi persoalan bermain di minda. Last last dapat tarikh 26/6/2016 untuk buat biopsi. Tak boleh tidak kena buat jugak.

Dengan perasaan gementar, pagi ni saya pun melangkahkan kaki ke Hospital Sultanah Aminah untuk ke sekian kalinya.

Berjalan dari kawasan parking sambil menggenggam tangan en.suami.. Mulut terkumat-kamit membaca zikir, selawat dsbnya.

Selesai mengambil nombor giliran, saya terus mencari kerusi kosong.. menanti dengan penuh debar..

Nama saya dipanggil "Rahimah.."

Saya melangkah lemah ke Bilik 3..

"Macamana puan..boleh kita buat hari ini..?" tanya Doktor Shanty yang comel tu..

Saya berdoa, saya berserah dan saya bertawakal..
"Boleh doktor.." jawab saya lemah saja..Dalam hati ingin saya katakan "tak yah buat tak boleh ke doktor"

"Okay..puan tunggu di depan bilik 6 ye. Nanti saya panggil."

Di depan bilik 6 saya menunggu  bersama en.suami yang setia menemani ..

Setelah menunggu beberapa minit, saya dipanggil masuk ke Bilik 6. Di dalam bilik 6 tu rupa-rupanya ada bilik lagi untuk minor operation. Saya diminta salin pakaian hospital berwarna hijau tu. Saya pun baring di katil pembedahan. Kepala mengiring ke kanan sedikit kerana leher kiri yang akan dibiopsi. Peralatan melakukan biopsi telah disediakan oleh pembantu perubatan tu. Saya ternampak apa yang boleh nampak seperti tiub untuk menyalurkan darah dan mendengar bunyi-bunyi alat pembedahan berlaga-laga. Bius setempat dimulakan. Sakit sedikit semasa jarum disuntik. Saya tahankan. Bila dah kebas doktor pun memulakan kerjanya. Sentiasa dia memantau keadaan saya.

"Okay tak puan..Sakit tak.. Sakit ke rasa?" tanya Doktor Shanty

Bila terasa sakit aku beritahu pada doktor dan doktor Shanty menambah lagi ubat bius.

"Sakit ke rasa puan. Rasa tapi tak sakit, kan?" Doktor Shanty meminta kepastian daripada saya.

"Ye..dah tak sakit.." Ubat bius sudah meresap. Dan telinga mendengar aktiviti yang doktor lakukan (bunyi2 alat dsbnya)
Saya teruskan zikir, selawat dan doa. Mohon agar Allah permudahkan urusan biopsi ini.

"Cukuplah Allah bagiku (Yang Menolong dan Memeliharaku), Tiada Tuhan Melainkan Dia; Kepadanya Aku berserah diri, Dan Dialah Yang Mempunyai Arasy Yang Agung."
Surah At-Taubah :129

Prosedur biopsi ni dalam satu jam juga lamanya termasuk jahit kembali luka biopsi tersebut.

prosedur biopsi


Doktor Shanty menunjukkan sample tisu daging yang diambil dari leher kiri saya. Kecil sahaja dalam anggaran 1cm. Selesai biopsi, saya bangun dan tukar pakaian semula.

Keluar bilik bedah dan pulang ke rumah. Tunggu sahaja result biopsi minggu depan.

Takde ubat apa-apa dibekalkan. Cuma doktor pesan jangan kena air. Bandage putih diluar boleh buka selepas 2-3 hari tetapi lapisan jernih tu biar sahaja kata doktor. Seminggu lagi datang jumpa doktor lagi.

Arghh..lega campur berdebar-debar.. Lega dah selesai biopsi dan berdebar-debar tunggu result keluar nanti..

7 comments:

  1. salam kak..nk tnya..sakit tak buat biopsi...saya takutt...xbuat lg ni...nape akak buat biopsi kt leher

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikummussalam.. sakit sikit je sbb dah dibius setempat. Akak kan kuat.. Akak buat biopsi tu sbb ikut arahan doktor.. Bengkak kat leher sebab tu biopsi kat leher.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, saya pun ada bengkak di leher. Takut 😭

      Delete
    2. Assalammualaikum...nak tanya buat biopsi untuk sah kan apa ya masa tu ?

      Delete
  3. Assalamualaikum kak, ada tak entry akak pasal result biopsi?

    ReplyDelete
  4. 💐Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
    💐 Jom viralkan berita baik ni untuk pesakit kanser

    1) Ni tentang hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 ambik penawar yang harga berpatutan tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.Sebelum tu nak pesan,jangan abaikan temujanji doktor kalau ada.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan asbab penawar ni yg berunsurkan ubatan bahan semulajadi yg selamat diambil. Walaupon bahan semulajadi tapi amat berkesan sambil merawat bukan sekadar melegakan untuk sementara waktu.

    Saya rasa xlengkap kalau saya explain satu persatu setiap jenis ubat ni.Lebih baik tanya sendiri pengasasnya sebab tiap penyakit ade ubt yang khusus. Baik bertanya sendiri pada pengasasnya dan beritahu anda sakit apa.Dia akan explain semuanya.

    3)Pengasas jus ni dh banyak berdepan dengan pesakit2 kanser, ade ramai yg dh sembuh.


    Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni,sy sdri pon guna produk die dh 3thn.

    Sy nak share ubat ni pd org lain jugak, tiada penyakit yang tiada ubat selain daripada mati, cubalah sebab setiap penyakit ada harapan sembuh.Kelemahan hati + putus asa akan lebih memudarat kan penyakit.TAPI JANGAN ABAIKAN APOINTMENT DOKTOR kalau ada.

    Nanti kalau nak ikhtiar dgn ubatan dia,blh la join group whatsApp pejuang2 kanser,pengasas ada dalam group tu jugak, boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl,contohnye:
    ~~~~~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dia dh sembuh walaupon doktor bgtau dia boleh hidup 1tahun je lagi.
    Dia mengarang sebuah buku berkenaan pengalaman sendiri melawan kanser dengan mengambil penawar jus ini sebagai rawatan alternatif selari dengan rawatan doktor (nk buku nti blh order)
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg dah sembuh dr kanser jus ni diambil selari dgn rawatan hospital.Apoinment x miss
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Gurunya beritahu dia tak pernah nampak macam pesakit kanser tahap 4, sebab sentiasa nampak cergas.Asbab jus yang memberi tenaga dan merawat.Dia minum jus ni dari kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ~~~~~~~~
    ▪Nani Faiza - kanser Usus Tahap 4 dan ketulan kanser 10cm telah merebak ke hati, bersabar dan setia merawat dengan jus herba ini tanpa mudah putus asa,sekarang sudah sembuh sepenuh nye. sel kanser sudah tiada.
    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Rugayah Jilani -
    Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- sudah sembuh !
    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.
    ~~~~~~~~

    ▪Puan Nor Sabariah
    - Ada asthma sejak 11tahun dulu
    -Selalu jatuh sakit sebab sesak nafas dan semput ,adakalanya kalau semput sampai tak mampu berdiri dan kena merangkak untuk bergerak
    -Sering bergantung pada inhaler setiap pagi
    -Setiap kali batuk teruk akan sesak nafas dan akan ke klinik untuk sedut gas
    -Lepas minum jus herba, dia xsemput lagi setiap kali batuk teruk. Dah xpergi klinik lagi sedut gas, setiap waktu pagi xperlu guna inhaler macam dulu.
    ~~~~~~~~
    5) Pesakit yang dah sembuh dari kanser menjalani kimo dan wajib minum jus kalau tak nanti effect dari kimo sangat ketara lemah nya jika tak ambil langsung.

    👍🏻In sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 yg lain

    NOTE :
    Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN macam produk2 lain yang masukkan herba2 biasa. Ia boleh diambil sebagai suplement.

    mohd zuhairi 0174687570
    0174687570

    #sharing is caring

    ReplyDelete