Sunday 19 October 2014

MEATBALL SPAGHETTI BOLOGNESE

Assalamu'alaikum w.b.t.

Hari ni saya teringin nak masak Meatball Spaghetti Bolognese. Asyik masakan kampung je..tetiba tekak ni nak western pulak.. Saya memang tak berapa minat spaghetti..mmg jarang masak western maklumlah asal drpd kampung.. Tapi sesekali apa salahnya.. 



Ni bahan-bahan saya dah beli semuanya.. tapi kat econsave tadi takde batang saderi pulak.. tak letak pun takpelah.. Daun parsley segar pun takde..so beli parsley flakes je lah..





Saya nak buat meatball drpd burger daging Ramly ni... saya biar pada suhu bilik kejap, bila dah lembut saya bulat-bulatkan..




Yang ni saya dah siap bulat-bulatkan.. Ada assistant tolong. Siapa lagi klu bukan Athirah. Sesekali kena ajak anak dara masuk dapur, asyik buat homework dgn ngadap smartphone je..haa..biar tolong mama dia kat dapur time cuti..



Goreng meatball hingga keperang-perangan..


Bila meatball dah siap, ketepikan dulu. Step by step biar tak kelam-kabut kat dapur..


Then, saya rebus spaghetti. Didihkan air dulu. Bila dah didih baru masukkan 500gm spaghetti iaitu 1 paket ..bersama 1 tsp garam dan 1 tbsp olive oil.



Dah agak-agak lembut, toskan airnya.. Jangan over cook pulak.. Dah tos, ketepikan kejap. Nak masak kuah pulak..




Bahan-bahan nak masak kuah spaghetti :-

500gm daging cincang
4 tbsp olive oil
1-2 labu bawang holland dicincang
3 ulas bawang putih dicincang
1 batang carrot dicincang
2 btg saderi dihiris
2 biji tomato didadu
4-5 cendawan butang dihiris
1 botol sos Prego
1 tsp oregano
2 tbsp parsley 
black pepper ditumbuk kasar
sedikit basil leaves


Cara masak kuah :-

1. Panaskan kuali. Masukkan olive oil. Masukkan daging cincang hingga keperang-perangan. Bila daging dah masak, masukkan bawang cincang, carrot, batang saderi dan bawang putih cincang. Kacau rata dan biar masak beberapa minit. Cendawan butang saya masukkan lmbt sikit..takut hancur..

Ni takde saderi..takpelah..




2. Ni tekak melayu..nak pedas sikit.. Saya ketuk 5 tangkai cili dan masukkan dalam tumisan daging tadi.



3. Kemudian, saya masukkan sos spaghetti prego.. Tak nak membazir.. masukkan sedikit air dalam botol sos prego..goncang2 sikit dan masukkan air dalam periuk tadi.. Perasakan dengan garam dan sedikit shj ajinomoto..sikit je tau pak aji tu..




4. Renehkan kuah. Bila dah mendidih, baru masukkan cendawan butang dan meatball goreng tadi. Tabur dgn oregano, sedikit lada hitam tumbuk kasar, dan sedikit basil leaves. 




5. Masa menghidang. Letak spaghetti di dalam pinggan. Tuang kuah dan letak meatballnya sekali.. Tabur dengan grated parmesan cheese dan tabur juga daun parsley flakes...sbb tak jumpa parsley  segar di kedai.. 




Rania ni mcm excited je nak makan...tapi budak kecik ni picky eater.. Cubalah ye sayang.. Klu suka mama akan selalu masak spaghetti.. Tapi Rania tak makan kuahnya la ye..hihi..makan pastanya je..

Jom layan tekak..


Saturday 18 October 2014

TAMAN MERDEKA JOHOR BAHRU

Assalamu'alaikum w.b.t

Hari ni saya ajak hubby dan anak2 pegi survey Taman Merdeka Johor Bahru. Ini kerana esok tadika akan buat lawatan sambil belajar ke Zoo Johor dan singgah di Taman Merdeka. Zoo Johor tak payah buat survey sebab tadika dah pernah pegi dan kami sekeluarga pun baru je pegi zoo...tapi Taman Merdeka ni kena survey dulu sbb tak pernah pegi... Selepas bersarapan ni Restoran ZZ, kami pun terus menuju ke sana..




Berdasarkan Portal Rasmi MBJB, taman ini diberi nama Taman Merdeka bersesuaian dengan konsep keseluruhan yang ingin diketengahkan. Taman ini terletak di Tasek Utara iaitu kira-kira 3km dari pusat bandar Johor Bahru. Mempunyai kawasan seluas 31 ekar merangkumi pembangunan Fasa 1 dan Fasa 2. Di sini, pengunjung bukan sahaja dapat beriadah tetapi juga dapat mempelajari berhubung kemerdekaan melalui komponen pembangunan yang telah disediakan.

Kami meninjau kawasan sekeliling.. Ni gambar dari hp saya sendiri..



Ni signboard Laman Malaysia. Sebenarnya ada lagi laman lain yang saya tak berkesempatan nak ambik pic dia.. 

Ada Laman Peringatan Sultan Abu Bakar, Laman Peringatan Penjajahan Jepun, Laman Peringatan Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Laman Peringatan Penentangan Komunis, Laman Semarak Kemerdekaan dan Laman Malaysia. Ada 6 laman.



Ni Restoran Dayang yang ada kat situ..Tapi saya tak singgah pun..lalu jer..


Sebenarnya inilah TARGET UTAMA nya... Nak survey kolam mandi kanak-kanak ni.. Esok boleh bawak anak tadika mandi kat sini...pastu boleh lunch kat sini sekali..












Ni Rayyan merajuk,..tak nak balik..


Saya cakap pada Rayyan, bila-bila free datang lagi..baru dia boleh senyum..



Susah nak ambik gambar budak ni..


Haa..dapat pun..


Dah dulu..
Wslm.