Sunday 2 November 2014

Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Johor

Assalamu'alaikum w.b.t

Terbaca tentang permohonan rumah mampu milik negeri Johor. Terus nak jgk buat entri ttg itu. Saya dah ada rumah kan.. Just nak war-warkan lagi info ni untuk adik-beradik saya, saudara-mara, sahabat handai, rakan taulan dan sesiapa sahaja yang belum beli rumah dan mahu memiliki rumah.


e-Rumah Sistem Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Johor. Mudah. Pantas. Jimat kertas. Cuma masuk ke URL berikut http://erumah.johor.gov.my/







SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
1.Warganegara Malaysia, menetap selama 5 TAHUN di Negeri Johor dan berumur 18 tahun keatas.
2.Berkahwin / bujang layak memohon
3.Hanya satu permohonan bagi pasangan suami/isteri. Manakala permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon.
4.Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua iaitu PKJ B
5.Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon RMMJ
6.Pemohon/pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana/mewah TIDAK LAYAK memohon
7.Semua DOKUMEN SOKONGAN berserta SURAT AKUAN SUMPAH hendaklah di HANTAR SENDIRI ke kaunter SUK Bahagian Perumahan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pendaftaran. Sekiranya melebihi tempoh tersebut, permohonan akan LUPUT/BATAL
8.Semua DOKUMEN SOKONGAN & SURAT AKUAN SUMPAHyang dikirim melalui POS TIDAK AKAN DITERIMA.
9.Pemohon hendaklah membawa kad pengenalan ASAL semasa membuat pembayaran.




PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK NEGERI JOHOR


Baca dengan teliti dan ikut kenyataan berikut.
Pastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan jelas.
Borang permohonan dan SALINAN DOKUMEN yang dilampirkan perlu JELAS agar permohonan TIDAK DITOLAK
Permohonan tidak akan diproses sekiranya maklumat didapati PALSU
Setiap permohonan dikenakan bayaran sebanyak RM5.00
Pastikan setiap bayaran yang dibuat diakui terima dengan RESIT RASMI
Tempoh sah pendaftaran ADALAH 5 TAHUN dan boleh mendaftar semula selepas tamat tempoh
Setiap perubahan/kemaskini maklumat hendaklah dirujuk ke Pentadbiran ini





SYARAT PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK NEGERI JOHOR.






MENGENAI BAHAGIAN PERUMAHAN KERAJAAN NEGERI JOHOR

Senarai Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Cawangan Perumahan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan)
Aras 1 & 2, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak
Kota Iskandar
79503 Nusajaya, Johor
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
Bahagian Perumahan ( Cawangan Muar)
d/a Majlis Perbandaran Muar
84000 Muar, Johor.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
Bahagian Perumahan ( Cawangan Batu Pahat)
d/a Pejabat Daerah Batu Pahat
83000 Batu Pahat, Johor.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
Bahagian Perumahan ( Cawangan Kluang)
d/a Pejabat Daerah Kluang
86000 Kluang, Johor.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
Bahagian Perumahan ( Cawangan Segamat)
No 1G,  Rumah Pangsa Segamat,
Jalan Dato’ Wan Idris,
85000 Segamat, Johor.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
Bahagian Perumahan ( Cawangan Mersing)
d/a  Pejabat Daerah Mersing,
Jalan Ibrahim,
86800 Mersing, Johor.
Segala pertanyaan boleh hantar emel ke sukperumahan@johor.gov.my



So, bolehlah memohon bagi yang mahu memilikinya..