Wednesday 4 January 2017

Anis daftar ke SASEM

Anis dapat masuk asrama..mesti dia suka..dia yang teringin nak duduk asrama..kali ini saya sebagai mama tak membantah permintaan anak untuk duduk asrama. Yelah kan,zaman sekarang ni ibubapa kena menyokong pilihan anak-anak. Anak-anak sudah semakin matang untuk menentukan masa depannya. Sebagai ibubapa hanya doa dipanjatkan dan galakan diberikan buat anak-anak yang tersayang.

Bila surat tawaran sampai, terus saya dan suami buat persediaan Anis nak masuk asrama seperti dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan, medical check-up, x-ray dan kelengkapan pakaian dan perlatan semua kami cuba disediakan. 




Hari ini daftar Anis di SASEM (Sekolah Menengah Sains Sembrong, Kluang). Pagi-pagi ke Dewan Khalifah untuk taklimat ibubapa dan proses pendaftaran serta pembayaran yuran. Ada kaunter-kaunter dibuka mengikut daftar pelajar. Anis dapat Rumah Kuning Hishamuddin Tun Hussein. Kami bergerak ke meja kaunter, menunggu giliran pendaftaran dan pembayaran yuran dengan guru bertugas. 

Hubby yang banyak berkomunikasi dengan cikgu masa daftar ni, sebab saya takde suara selepas RT. Muka pun agak gelap dan kusam. Rasa rendah diri tetapi cuma buat biasa aje. Masa ni pun tak boleh makan solid food lagi. Berdiri lama pun terasa melayang-layang.

Selesai pembayaran yuran barulah sesi taklimat khas untuk ibubapa. Taklimat diadakan agar ibubapa jelas dan faham tentang pendekatan pembelajaran di SASEM.



Lepas daftar ada pelajar yang ditugaskan bawa kita ke Koperasi untuk ambik pakaian, buku dsbnya. Ada baju outing, baju rasmi, baju sukan, cadar, selimut dll.

Lepas dah ambik pakaian di koperasi terus bergerak ke dorm pula. 


Kat dorm ni satu bilik ada 8 orang. Katil 2 tingkat tu ada 4 katil. Locker/almari sorang satu. Saya tolong Anis kemas dan susun barang-barang dia di locker. Tolong sampulkan buku dan kemas-kemas apa yang patut. Setiap bilik ada kakak senior form 4 untuk bantu guide adik-adik baru ni.




Barang-barang toiletries anak-anak SASEM susun kemas di tempat yang dikhaskan.


Mesin basuh berbayar. Sekali basuh RM2.00 Kalau nak basuh kain kena cukup banyak baru basuh, kalau tak membazir la bayar RM2.00 jika basuh hanya sepasang baju. Kat sini anak-anak belajar urus diri, planning bila nak basuh baju, nak share dgn baju kawan pun boleh kongsi seorang seringgit.



Toiletnya besar dan bersih.


Sinki pun banyak..



Dewan makan yang besar..




Telekung tergantung kemas di surau asrama. Jaga solat ye..



Susun Al-Quran comel-comel sebab si pembacanya tu pun comel..:) Best kata-kata ni..nak ciplak nanti.


Semoga anakku berjaya di dunia dan akhirat, semoga menjadi anak yang solehah penyejuk hati penyejuk mata mama dan ayah. Perjalananmu masih panjang. All the best!!
Mama sentiasa mendoakan yang terbaik buat semua anak-anak mama.

Lepas ni Kulai -> Kluang pasti jadi bukti kasih sayang keluarga kita.. mau-mau untuk 5 tahun kau belajar di situ nak.. Pasti kami sekeluarga datang untuk membawamu outing ke bandar, ambik dan hantar untuk outing bermalam, tu belum termasuk ziarah rindu..