Saturday 5 April 2014

Renovation Dapur Rumah Abah

Assalamualaikum w.b.t

Saya kongsi di sini sekadar untuk memori saya. 

Kami sekeluarga masuk felda pada tahun 1987. Masa tu saya darjah 4. Rumah asal Felda memang lah kecil dan sesuai untuk 2-3 orang anak shj.. Pada masa ini tiada bekalan elektrik dan tiada bekalan air.
Sumber air pada ketika itu ialah kolam. Abah gali kolam sendiri untuk bekalan air sekeluarga. Ada 3 buah kolam abah gali sendiri dengan tulang empat kerat. Kolam yang jernih tu utk buat air minum.. Kolam yang tak berapa nak jernih untuk mandi dan mencuci.
Saya sebagai anak sulong, selalunya sayalah yang mengangkat air menggunakan 2 buah baldi kiri kanan untuk kegunaan keluarga. Sebelum ke sekolah agama sebelah pagi, mesti mak suruh penuhkan tong drum tu dulu.. Hihi..tu kenangan..
Rumah asal Felda ambik kat google..sbb dulu2 saya takde kamera..

Kini dah tahun 2013, dah banyak yang berubah..tapi yang menyedihkan, rumah abah tetap tak berubah..ada sikit je sambung dapur kecik je masa abah dapat duit jual kebun kot..Masa tu saya tak tahu lagi berapa duit kebun yang abah dapat.. Kalau tahu pun, mungkin saya orang yang menghalang abah jual kebun sekangkang kera di kampung tu..

Saya agak sedih dan terpanggil untuk bantu abah renovate sikit rumah abah tu.. Wang di tabung mahupun di tangan bukanlah puluh-puluh ribu..tapi saya bertekad nak settlekan jugak umah abah.. Allahumma yasir wa la tu'asir. Ya Allah, permudahkanlah urusanku dan jangan disulitkan.

Ni pelan bodoh-bodoh je untuk gambaran ruang yang saya nak renovate.. 

Sebenarnya susah nak dapatkan persetujuan abah untuk renovate ni.. Saya tahu abah tak nak menyusahkan anak-anaknya..dia juga tak nak menyusahkan dirinya sendiri yang tidak mampu dan hidup hanya lepas makan minum sendiri sahaja. 

Akhirnya pada 29 November 2013, abah setuju setelah puas saya pujuk.. masa tu saya balik nitar bawak baby baru iaitu Rania. Ada reunion 30 November 2013. Kira baru habis pantang jugaklah sambil nak tunjuk abah cucu baru dia. Saya tak minta abah keluarkan wang, saya cuma minta persetujuan abah dan perbincangan tentang pelan rumah tu.

Abah dah berjaya cari tukang untuk buat dapur tu.. namanya Din. Saya pun bincang-bincang dengan Din tentang harga upah. Upah dikenakan kira-kira 70% daripada harga barang. Contohnya harga barang RM10k, upahnya ialah RM7k. 

Saya setuju dengan Din sebab abah dah cari tukang..saya setuju je lah..tak sempat nak cari-cari qoutation bagai.. Terus ON dan bayar deposit pada Din RM500.00 pada 30 November 2013.

30 November 2013 tu saya terus ke Kahang untuk beli barang-barang yang dipesan oleh Din. Saya tuju ke Kedai Poh Hai. Keluar duit RM3268.50 utnuk order barang.

Ambik tu..order pasir 1 lori besar..biar betul Din ni...ni nak buat banglo ke nak renovate dapur..
Sabo je la..moga Allah permudahkan urusan saya nak bantu abah..


Projek terus mula sikit-sikit.. Tambak tanah sikit dan pecahkan dapur lama yang kiut-miut tu.. jangat terkejut tengok pic ni..Memang dah usang dan uzur sangat dapur dan toilet tu..cucu makin bertambah..dan makin membesar..tu yang nekad je..

Tuan tanah enterframe..rajinnya susun batu blok.. Hai..tak sabar nak tunggu siap dapur ni..

Ni nak tambah bilik satu..bilik asal ada dua je..bilik adik siti dan bilik abah..bilik anak-anak balik kg takde.. Nak salin baju ke..apa ke..susah..tu yang tambah bilik lagi satu..

Ni lah bilik mandi dan tandas baru nanti..,untuk keselesaan semua.

Pada 1 Disember 2013, ada beli barang lagi sebnayk RM387.00.
Kemudian pada 11 Disember 2013, beli barang RM1242.00 dan bayar uapah Din sebanyak RM1000.00.

Pada 13 Januari 2014, beli barang sebanyak RM540.00 sahaja. Nak bayar upah lagi kena tengok progress kerja Din dulu.. Ada buat penambahan kerja, baru saya bayar upahnya.

Pada 8 Februari 2014, saya bayar upah Din RM1000.00
Beli barang pula pada 12 Februari 2014, sebanyak RM2829.00

Pada 25 Februari 2014, bayar upah Din sebanyak RM1000. Manakal pada 28 Februari 2014, saya ada beli sikit barang sebanyak RM274.00 sahaja.

Pada 7 Mac 2014, ada beli lagi barang RM180.00 sahaja.
Dapur masih belum complete walaupun dah bulan Mac.. Risau memang risau tapi cuba tenang.

Pada 16 Mac 2014, Din mintak upah RM1000.00 dan pada 19 Mac 2014 beli barang sebanyak RM275.00.

Akhirnya pada 2 April 2014 saya beli barang lagi RM372.00. Dan saya tak bayar uapah lagi selagi rumah tak siap..

Jadi, keseluruhan saya beli barang berjumlah RM9367.50....
Dan upah 70% ialah sebanyak RM6557.25

Saya rasa sudah mencukupi RM6000.00 adalah jumlah yang saya bayar pada Din.. RM500++ abah suruh tolak kerugian barang yang Din order tapi tak diguna..contohnya..pasir 1 lori tu masih berbaki, ada besi yang berbaki dll barang yang berbaki.
Itu dikira kos kerugian kami yang hampir dikelentong Din..

Takpelah Din..harap awak halalkan mana yang terlebih dan terkurang. Saya pun lega dapur dgn toilet dah sisp..walaupun tak sempurna 100%...tapi lebih selesa berbanding sebelum ini.

Syukur sangat-sangat pada Allah..