Saturday 21 September 2013

Jenis-jenis Jaundis

Jenis-jenis Jaundis
Adalah penting untuk mengetahui jenis-jenis jaundis. Setiap jaundis menyebabkan kesan dan mempunyai rawatan yang berbeza.



1. Jaundis Normal/Fisiologikal
Biasa terjadi kepada bayi baru lahir. Kadarnya adalah lebih tinggi berlaku pada etnik       tertentu seperti Cina, Jepun, Korea (Asia). Bayi yang kurang menyusu beberapa hari selepas dilahirkan dan tidak kerap membuang air besar juga mudah mendapat jaundis. Apabila bilirubin berkumpul di dalam najis bayi dan tidak dibuang, ia akan beredar kembali ke sistemnya. Kekerapan membuang najis dapat merendahkan tahap bilirubin. Mula kelihatan selepas hari ke 2-4 selepas lahir dan biasanya hilang sendiri selepas 1 ke 2 minggu. Bagi bayi yang kurang menyusu, ibu perlu mendapatkan nasihat cara dan teknik untuk menyusu bayi dengan betul. Dengan penyusuan yang betul, jaundis akan hilang.


2. Jaundis Pathologic
Terjadi akibat keadaan perubatan seperti berlainan jenis darah (kerap berlaku), kelahiran pra matang, pembedahan caesarean, infeksi, kerosakan hati akibat rubella, siplis atau toxoplasmosis. Bagi bayi dan ibu dari jenis darah berlainan kerap berlaku bagi ibu berdarah jenis O atau Rh negatif. Ianya mula dikesan dari hari pertama kelahiran dan meningkat dengan mendadak. Masalah Rh juga pernah menyebabkan demam kuning yang teruk. Kini ia dapat dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh pada ibu dalam tempoh 72 jam selepas kelahiran.


3. Jaundis Susu Ibu
Ini berkemungkinan dari susu ibu yang terhasil menyebabkan kelewatan atau memanjangkan tempoh pembuangan lebihan bilirubin melalui usus. Ia bermula dari hari ke minggu ke 2 dan hilang selepas 3 hingga beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian. Walaupun mendapat susu yang mencukupi bayi masih mendapat jaundis. Jika kadar bilirubin meningkat, doktor anda mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama 2 ke 3 hari. Dalam masa itu, anda bolehlah memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun.



Rawatan Untuk Jaundis
Pemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah bayi untuk mengukur tahap bilirubin bayi. 
Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi yang berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis. 
Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih. Jika tahapnya didapati tinggi, bayi perlu diberikan rawatan. Biasanya tidak memerlukan rawatan. Jika memerlukan rawatan, rawatan yang dibuat ialah menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakkan di bawah cahaya 'bililight'. Rawatan ini diteruskan sehingga tahap bilirubin menurun. Kini rawatan ini boleh dilakukan di rumah. Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.


1. Jaundis Normal/Physiologic
Kebanyakan kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan phototerapi. Berikut disenaraikan langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau merawatnya.


  • Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerapnya. Kolostrum akan bertindak sebagai laxative dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin. Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis.
  • Elakkan mengambil air tambahan. Hanya 2% bilirubin keluar melalui air kencing dan 98% keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi anda kenyang dengan air, dia akan kurang menyusu.
  • Galakkan bayi anda berjaga dan menyusu setiap 2 jam. Jaundis menyebabkan bayi anda mengantuk.
  • Jika bayi anda tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari 3 kali sehari, cuba perah susu andamenggunakan tangan atau pam. Dan berikan menggunakan cawan, sudu atau syringe. Jangan menggunakan botol kerana bayi anda akan keliru dengan puting getah ketika peringkat ini.
  • Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus. Buka pakaian dan diaper dan letak di dalam bilik yang terdapat banyak cahaya. Kulitnya adalah sensitif, jangan letakkan secara terus kepada cahaya.
  • Elakkan ubatan seperti aspirin dan dadah sulfa. Pastikan doktor anda tahu dadah yang anda ambil, jadi anda boleh hentikan atau mencari pengganti yang lain jika ubat adalah penyebabnya.


2. Jaundis Pathologic
Bayi perlu mendapat rawatan segera. Penyusuan badan perlu diteruskan. Kolostrum dan susu yang diterima akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin. Bayi yang sakit memerlukan lebih susu badan berbanding bayi yang sihat. Dalam kes tertentu bayi akan perlu menjalani penukaran darah. Ini adalah langkah paling cepat dan perlu jika bayi mencapai tahap tertentu melebihi 26mg/ld. Namun kurang dilakukan kerana proses phototerapi biasanya mujarab. Bayi akan mengantuk dan lemah untuk menyusu. Anda mungkin memerlukan pam untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuk bayi anda.


3. Jaundis Susu Ibu
Penyebabnya kurang dapat dipastikan. Bayi boleh diberi susu formula buat seketika. Biasanya tahapnya akan turun dan meningkat semula apabila menyusu badan. Namun anda tidak patut memberhentikan penyusuan badan kerana susu badan adalah susu yang terbaik.



Adakah ianya merbahaya ?

Kebanyakan kes jaundis tidak merbahaya. Namun jika tahapnya adalah tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan ia akan menyebabkan kerosakan kekal ke atas sistem saraf. Ia boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembap dan membentuk cerebral palsy
Jika bayi anda mendapat jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir, ini dianggap serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan. Ia boleh disebabkan oleh masalah yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, infeksi atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pra matang sebelum 28 minggu.
Bayi yang menghidapi jaundis perlu mendapat susu yang cukup untuk mengelak menjadi kekeringan.



Sumber : www.freewebs.com



Friday 20 September 2013

Jaundis

JAUNDIS (DEMAM KUNING)


Apakah Jaundis ?
Penyakit Jaundis merujuk kepada kehadiran warna kuning di bahagian kulit dan bahagian putih mata disebabkan terlalu banyak mendapan bilirubin di dalam badan. Bilirubin dihasilkan secara berterusan di dalam badan tetapi ia disingkirkan dengan cepat oleh hati dan dibebaskan di dalam najis. Jaundis tidak akan berlaku selagi bilirubin dapat disingkirkan dari badan dengan cepat berbanding penghasilannya di dalam badan. Jaundis berlaku disebabkan kehadiran bilirubin yang berlebihan dan tidak dapat disingkirkan oleh hati. Ia mungkin akibat pengeluaran bilirubin yang berlebihan atau bilirubin disingkirkan dengan perlahan oleh organ hati.


Adakah ia merbahaya?
Paras kepekatan bilirubin yang tinggi di dalam darah boleh merosakkan otak bayi. Bayi perlulah mendapat rawatan segera tak kira apa punca yang menyebabkan jaundis itu berlaku. Bayi perlu diberi rawatan di hospital apabila paras kepekatan bilirubin sangat tinggi manakala paras jaundis yang rendah tidak begitu membahayakan.


Apakah jaundis fisiologikal ?
Jaundis fisiologikal berlaku di kalangan bayi baru lahir. Kebanyakan bayi yang dilahirkan, sel darah merah yang berlebihan ini akan dipecahkan dan disingkirkan dari tubuhnya. Sel-sel darah merah yang terpecah ini akan membebaskan pigmen bilirubin. Ia juga mungkin disebabkan bayi yang baru lahir mempunyai hati yang belum matang dan tidak mampu mengendalikan penghasilan bilirubin yang berlebihan. Bilirubin ini tidak dapat disingkirkan secepat yang dikehendaki dan kedua-dua faktor ini mengakibatkan jaundis.


Berapa lamakah jaundis fisiologikal dapat bertahan ?
Biasanya jaundis fisiologikal berlaku di kalangan bayi yang berusia 3-4 hari dan mungkin berlarutan sehingga 5-7 hari. Jaundis yang berakhir selepas 14 hari mungkin disebabkan beberapa masalah dan perlu menjalani pemeriksaan yang lebih lanjut.


Mengapa bayi mengalami jaundis ?
Bayi yang sihat atau bayi yang tidak mengalami jaundis yang teruk sebenarnya mengalami jaundis fisiologikal. kadangkala jaundis diakibatkan oleh beberapa sebab dan ujian akan dijalankan ke atas sampel darah untuk mengetahui penyebabnya.


Apakah yang menyebabkan jaundis ?
Jaundis mungkin disebabkan sel darah merah yang tidak normal seperti kekurangan G6PD atau ibu dan bayi mempunyai kumpulan darah yang berbeza. Bayi yang menghidapi jangkitan juga boleh mendapat jaundis.


Apa yang akan terjadi selepas bayi dibenarkan keluar dari hospital ?
Jika bayi anada dimasukkan ke dalam wad akibat jaundis, anda tidak perlu membiarkan bayi dirawat di wad sehingga bayi pulih seperti sediakala. Selalunya bayi masih mengalami sedikit jaundis semasa bayi dibenarkan keluar dari wad. Namun ia dijangka akan hilang dalam masa beberapa hari. Adalah penting untuk memastikan jaundis akan pulih sepenuhnya. Anda perlu membawa semula bayi anda untuk menjalani pemeriksaan seminggu selepas dikeluarkan dari wad. Jika bayi anda masih berwarna kuning, maka mungkin perlu menjalani beberapa ujian untuk mengetahui sebab-sebabnya. Jika jaundis masih hadir dan bayi anda mengeluarkan najis berwarna pucat, ini mungkin disebabkan saluran hempedu tersumbat dan bayi anda perlu dirawat dengan segera.


sumber : www.freewebs.com

Friday 13 September 2013

Anak Ke-4, Puteriku Yang Ketiga

Assalamu'alaikum w.b.t

Alhamdulillah...hari Khamis lepas pd 5/9/2013, saya dah selamat melahirkan anak keempat kami. Baby girl. Di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. 

Actually sama tarikh dengan anniversary kitaorang.. Kiranya ala-ala hadiah teristimewa buat hubby tercinta.

Saya dijadualkan untuk ceasar pada tarikh tu... Sebabnya baby breech.  So, hari Rabu 4/9/2013 saya dah admit wad. Pagi Khamis tu baru masuk bilik OT.


Alhamdulillah dah selamat melahirkan. Ni baby saya. Berat ketika lahir 2.9kg...lebih kecil berbanding kakak2 dan abang dia sebelum ni..