Friday 20 September 2013

Jaundis

JAUNDIS (DEMAM KUNING)


Apakah Jaundis ?
Penyakit Jaundis merujuk kepada kehadiran warna kuning di bahagian kulit dan bahagian putih mata disebabkan terlalu banyak mendapan bilirubin di dalam badan. Bilirubin dihasilkan secara berterusan di dalam badan tetapi ia disingkirkan dengan cepat oleh hati dan dibebaskan di dalam najis. Jaundis tidak akan berlaku selagi bilirubin dapat disingkirkan dari badan dengan cepat berbanding penghasilannya di dalam badan. Jaundis berlaku disebabkan kehadiran bilirubin yang berlebihan dan tidak dapat disingkirkan oleh hati. Ia mungkin akibat pengeluaran bilirubin yang berlebihan atau bilirubin disingkirkan dengan perlahan oleh organ hati.


Adakah ia merbahaya?
Paras kepekatan bilirubin yang tinggi di dalam darah boleh merosakkan otak bayi. Bayi perlulah mendapat rawatan segera tak kira apa punca yang menyebabkan jaundis itu berlaku. Bayi perlu diberi rawatan di hospital apabila paras kepekatan bilirubin sangat tinggi manakala paras jaundis yang rendah tidak begitu membahayakan.


Apakah jaundis fisiologikal ?
Jaundis fisiologikal berlaku di kalangan bayi baru lahir. Kebanyakan bayi yang dilahirkan, sel darah merah yang berlebihan ini akan dipecahkan dan disingkirkan dari tubuhnya. Sel-sel darah merah yang terpecah ini akan membebaskan pigmen bilirubin. Ia juga mungkin disebabkan bayi yang baru lahir mempunyai hati yang belum matang dan tidak mampu mengendalikan penghasilan bilirubin yang berlebihan. Bilirubin ini tidak dapat disingkirkan secepat yang dikehendaki dan kedua-dua faktor ini mengakibatkan jaundis.


Berapa lamakah jaundis fisiologikal dapat bertahan ?
Biasanya jaundis fisiologikal berlaku di kalangan bayi yang berusia 3-4 hari dan mungkin berlarutan sehingga 5-7 hari. Jaundis yang berakhir selepas 14 hari mungkin disebabkan beberapa masalah dan perlu menjalani pemeriksaan yang lebih lanjut.


Mengapa bayi mengalami jaundis ?
Bayi yang sihat atau bayi yang tidak mengalami jaundis yang teruk sebenarnya mengalami jaundis fisiologikal. kadangkala jaundis diakibatkan oleh beberapa sebab dan ujian akan dijalankan ke atas sampel darah untuk mengetahui penyebabnya.


Apakah yang menyebabkan jaundis ?
Jaundis mungkin disebabkan sel darah merah yang tidak normal seperti kekurangan G6PD atau ibu dan bayi mempunyai kumpulan darah yang berbeza. Bayi yang menghidapi jangkitan juga boleh mendapat jaundis.


Apa yang akan terjadi selepas bayi dibenarkan keluar dari hospital ?
Jika bayi anada dimasukkan ke dalam wad akibat jaundis, anda tidak perlu membiarkan bayi dirawat di wad sehingga bayi pulih seperti sediakala. Selalunya bayi masih mengalami sedikit jaundis semasa bayi dibenarkan keluar dari wad. Namun ia dijangka akan hilang dalam masa beberapa hari. Adalah penting untuk memastikan jaundis akan pulih sepenuhnya. Anda perlu membawa semula bayi anda untuk menjalani pemeriksaan seminggu selepas dikeluarkan dari wad. Jika bayi anda masih berwarna kuning, maka mungkin perlu menjalani beberapa ujian untuk mengetahui sebab-sebabnya. Jika jaundis masih hadir dan bayi anda mengeluarkan najis berwarna pucat, ini mungkin disebabkan saluran hempedu tersumbat dan bayi anda perlu dirawat dengan segera.


sumber : www.freewebs.com

No comments:

Post a Comment