Sunday 26 June 2016

Pengalaman Biopsi Di Leher

Incisional Biopsy.

Nervesnya hari ni nak kena buat biopsi..

Dah mintak tangguh dengan doktor untuk tunda selepas raya tapi doktor tak benarkan. Siap ugut nak hantar polis datang rumah cari jika tak datang ke hospital. Mula-mula saya kena buat biopsi pada 20/6/2016 tu juga tapi saya mintak tangguh kerana tak bersedia buat pada tarikh tu dicampur dengan perasaan terkejut dan tak tau apa itu biopsi..kenapa mesti buat biopsi. Macam-macam lagi persoalan bermain di minda. Last last dapat tarikh 26/6/2016 untuk buat biopsi. Tak boleh tidak kena buat jugak.

Dengan perasaan gementar, pagi ni saya pun melangkahkan kaki ke Hospital Sultanah Aminah untuk ke sekian kalinya.

Berjalan dari kawasan parking sambil menggenggam tangan en.suami.. Mulut terkumat-kamit membaca zikir, selawat dsbnya.

Selesai mengambil nombor giliran, saya terus mencari kerusi kosong.. menanti dengan penuh debar..

Nama saya dipanggil "Rahimah.."

Saya melangkah lemah ke Bilik 3..

"Macamana puan..boleh kita buat hari ini..?" tanya Doktor Shanty yang comel tu..

Saya berdoa, saya berserah dan saya bertawakal..
"Boleh doktor.." jawab saya lemah saja..Dalam hati ingin saya katakan "tak yah buat tak boleh ke doktor"

"Okay..puan tunggu di depan bilik 6 ye. Nanti saya panggil."

Di depan bilik 6 saya menunggu  bersama en.suami yang setia menemani ..

Setelah menunggu beberapa minit, saya dipanggil masuk ke Bilik 6. Di dalam bilik 6 tu rupa-rupanya ada bilik lagi untuk minor operation. Saya diminta salin pakaian hospital berwarna hijau tu. Saya pun baring di katil pembedahan. Kepala mengiring ke kanan sedikit kerana leher kiri yang akan dibiopsi. Peralatan melakukan biopsi telah disediakan oleh pembantu perubatan tu. Saya ternampak apa yang boleh nampak seperti tiub untuk menyalurkan darah dan mendengar bunyi-bunyi alat pembedahan berlaga-laga. Bius setempat dimulakan. Sakit sedikit semasa jarum disuntik. Saya tahankan. Bila dah kebas doktor pun memulakan kerjanya. Sentiasa dia memantau keadaan saya.

"Okay tak puan..Sakit tak.. Sakit ke rasa?" tanya Doktor Shanty

Bila terasa sakit aku beritahu pada doktor dan doktor Shanty menambah lagi ubat bius.

"Sakit ke rasa puan. Rasa tapi tak sakit, kan?" Doktor Shanty meminta kepastian daripada saya.

"Ye..dah tak sakit.." Ubat bius sudah meresap. Dan telinga mendengar aktiviti yang doktor lakukan (bunyi2 alat dsbnya)
Saya teruskan zikir, selawat dan doa. Mohon agar Allah permudahkan urusan biopsi ini.

"Cukuplah Allah bagiku (Yang Menolong dan Memeliharaku), Tiada Tuhan Melainkan Dia; Kepadanya Aku berserah diri, Dan Dialah Yang Mempunyai Arasy Yang Agung."
Surah At-Taubah :129

Prosedur biopsi ni dalam satu jam juga lamanya termasuk jahit kembali luka biopsi tersebut.

prosedur biopsi


Doktor Shanty menunjukkan sample tisu daging yang diambil dari leher kiri saya. Kecil sahaja dalam anggaran 1cm. Selesai biopsi, saya bangun dan tukar pakaian semula.

Keluar bilik bedah dan pulang ke rumah. Tunggu sahaja result biopsi minggu depan.

Takde ubat apa-apa dibekalkan. Cuma doktor pesan jangan kena air. Bandage putih diluar boleh buka selepas 2-3 hari tetapi lapisan jernih tu biar sahaja kata doktor. Seminggu lagi datang jumpa doktor lagi.

Arghh..lega campur berdebar-debar.. Lega dah selesai biopsi dan berdebar-debar tunggu result keluar nanti..