Saturday 1 February 2014

Rumah Pertama Kami

Assalamu'alaikum w.b.t

Hari ni nak buat entri tentang rumah pertama kami. Rumah ini dibeli pada tahun 2003. Actually, tak plan langsung pasal beli rumah seawal usia perkahwinan kami baru menjangkau 4 tahun.. Masa tu kami baru pindah Kulai. Saya berpindah tempat kerja dan diamanahkan menjaga cawangan Kulai mulai awal Januari 2002. Hubby masih cawangan JB dan ulang alik naik motor pegi kerja ikut highway. Kami menyewa sebuah rumah teres setingkat dengan kadar sewanya RM300 sebulan. Anak baru sorang..nak masuk 2..

Oleh kerana terpengaruh dengan pengiklanan dan promosinya masa tu..kami pergi masa launching dan kami tengok show housenya.. Then kami terbeli jugak. Hubby berkenan sebab ada lif lah..swimming pool lah..security 24 jam pulak tu..Tag line promosi masa tu "Kenapa menyewa? Kalau mampu memilikinya.."

Bila dengar bayar RM200++ tahun pertama tu, kami terus tak pikir panjang sangat.. terus booking sbb lebih murah drpd bayar rumah sewa..

Harga rumah asal - RM80,000.00
Special Discount - RM1,000.00

Baki - RM79,000.00
Deposit - RM9000.00
Loan - RM70,000.00

Tahun pertama bayar dalam RM266.00..tahun kedua RM447.00..tahun ketiga dan seterusnya RM469.00

Mana dapat duit deposit RM9000.00 tu...?
Ni jawapannya :
1st downpayment - Cash money RM500.00
Kemudian kami keluarkan akaun 2 EPF sebanyak RM8,500.00 (2 akaun la..saya dan hubby) .

Ada swimming pool..





Saya di blok E..


ada lif..


Bulan Julai 2004, sebaik sahaja habis pantang bersalin anak kedua, ..kami tak sabar2 nak masuk rumah baru.. Ini merupakan rumah pertama saya dan hubby dapat miliki. Walaupun cuma medium cost apartment, ia bagaikan syurga buat kami sekeluarga, tempat perlindungan yang mampu hubby saya sediakan. Abah saya kata "kenapa beli rumah sarang burung ni..?" Saya kata; "Ni je yang mampu buat masa ni, bah..".

Saya menghias rumah ini sebaik mungkin dan gabung idea saya dan hubby agar semua gembira berada di rumah ni.. Di sinilah juga saya dan hubby membesarkan 2 orang puteri kesayangan kami. Doa saya, agar Allah berkati rumah kami.

Saya bangga memiliki rumah sendiri dalam usia yang masih muda, di mana ramai orang keliling saya yang masih menyewa. (Walaupun rumah ni sebenarnya liabiliti...bukan aset lagi...sbb saya beli secara hutang....masih byr loan every months pada bank)

Namun demikian, saya bersyukur ke hadrat Illahi yang telah memberikan saya kediaman yang selesa. Bertuahnya saya dan hubby berbanding berjuta lagi umat manusia yang tidak berumah. Malah di Amerika pun ramai yang x berumah dan tinggal di lorong2 bangunan..