Saturday 18 October 2014

TAMAN MERDEKA JOHOR BAHRU

Assalamu'alaikum w.b.t

Hari ni saya ajak hubby dan anak2 pegi survey Taman Merdeka Johor Bahru. Ini kerana esok tadika akan buat lawatan sambil belajar ke Zoo Johor dan singgah di Taman Merdeka. Zoo Johor tak payah buat survey sebab tadika dah pernah pegi dan kami sekeluarga pun baru je pegi zoo...tapi Taman Merdeka ni kena survey dulu sbb tak pernah pegi... Selepas bersarapan ni Restoran ZZ, kami pun terus menuju ke sana..




Berdasarkan Portal Rasmi MBJB, taman ini diberi nama Taman Merdeka bersesuaian dengan konsep keseluruhan yang ingin diketengahkan. Taman ini terletak di Tasek Utara iaitu kira-kira 3km dari pusat bandar Johor Bahru. Mempunyai kawasan seluas 31 ekar merangkumi pembangunan Fasa 1 dan Fasa 2. Di sini, pengunjung bukan sahaja dapat beriadah tetapi juga dapat mempelajari berhubung kemerdekaan melalui komponen pembangunan yang telah disediakan.

Kami meninjau kawasan sekeliling.. Ni gambar dari hp saya sendiri..



Ni signboard Laman Malaysia. Sebenarnya ada lagi laman lain yang saya tak berkesempatan nak ambik pic dia.. 

Ada Laman Peringatan Sultan Abu Bakar, Laman Peringatan Penjajahan Jepun, Laman Peringatan Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Laman Peringatan Penentangan Komunis, Laman Semarak Kemerdekaan dan Laman Malaysia. Ada 6 laman.



Ni Restoran Dayang yang ada kat situ..Tapi saya tak singgah pun..lalu jer..


Sebenarnya inilah TARGET UTAMA nya... Nak survey kolam mandi kanak-kanak ni.. Esok boleh bawak anak tadika mandi kat sini...pastu boleh lunch kat sini sekali..












Ni Rayyan merajuk,..tak nak balik..


Saya cakap pada Rayyan, bila-bila free datang lagi..baru dia boleh senyum..



Susah nak ambik gambar budak ni..


Haa..dapat pun..


Dah dulu..
Wslm.





No comments:

Post a Comment