Monday 23 March 2020

Resepi Puding Roti Sos Kastard

Assalamualaikum semua,
Hari ni anak-anak request nak makan Puding Roti Sos Kastard. Teringin katanya, lama sangat mama tak buat. Ye betul, dah lama tak buat. 

Jom la kita ke dapur anak-anak. 
Mula-mula kita check bahan-bahan ada ke tak.Sekarang sedang Perintah Kawalan Pergerakan, jadi kita tak keluar ke kedai, ke mall ke supermarket. 
Kita guna bahan yang dah sedia ada di rumah.


 
Bahan Puding Roti :-
1 bungkus roti
1 kotak kecil kismis
4 sudu besar gula pasir
2 sudu mentega
2 biji telur
3 cawan susu full cream
1 sudu teh esen vanilla




Cara buat puding roti :-
1. Carik-carik roti tu. Dah siap ketepikan sekejap.
2. Sapu loyang dgn mentega
3. Dalam satu bekas/besen kecil, satukan susu full cream. telur, mentega, dan esen vanilla. Kacau sebati.
4. Tuang adunan yang telah dikacau sebati ke dalam loyang berisi roti.
5. Tabur kismis hitam
6. Bakar selama 50 minit pada suhu 200 celcius. Api atas bawah.


Sudah siap dibakar dalam oven




Bahan Sos Kastard :-
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung custard
3 sudu besar gula pasir
1 sudu teh esen vanilla

Cara buat sos kastard :-
1. Masukkan 1 tin susu cair ke dalam periuk kecil.
2. Masukkan 2 sudu besar tepung kastard.
3. Masukkan 3 sudu besar gula pasir (ikut tahap kemanisan citarasa anda)
4. Masukkan 1 sudu teh esen vanilla.
5. Kacau perlahan-lahan sehingga sos kastard pekat. (dgn api yang kecil sahaja)





Akhir sekali, hidangkan puding roti bersama sos kastard.




Friday 28 June 2019

Kemas Mainan Anak

Assalamulaikum,
berhabuk sgt dah blog ni, alhamdulillah author nya masih bernyawa hingga ke hari ini.

Ni sharing kemas mainan anak.

Inspirasi dari dr hani mynis

Cara nak disiplinkan anak utk bermain dan kemas semula memang mencabar.

Cara utk bertabah sebagai seorang ibu :-
- kalau larat kemas je jangan banyak membebel, kalau time tak larat biar je bersepah dulu, biar sedar dan bersyukur rumah bersepah tandanya ada anak yg pintar sedang bermain.
- ingat konsep bermain adalah belajar, bermain sambil belajar, bermain adalah keperluan anak, learning through play, dll

Peraturan bermain anak saya :-
- main satu jenis permainan shj dlm satu masa...
- bila nak tukar mainan lain, minta anak kemas dulu simpan dulu mainan yg pertama dia ambil tu.. 

Bekas plastik utk simpan mainan tu beli seragam kat Mr.DIY. Saya beli berdikit-dikit sampai complete rak tu.

Alat permainan tu pun bercampur yang dari zaman anak sulung hingga anak keempat. Bukanlah beli banyak-banyak semua tu serentak. 













Saya share label yg saya buat utk melabel bekas-bekas plastik seperti di bawah.










Kalau ada yg nak tahu bekas plastik tu saya beli di Mr.DIY







Sekian dahulu perkongsian saya. Semoga bermanfaat.

Sunday 16 June 2019

Selamat Hari Bapa 2019

Assalamualaikum semua.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua lelaki yang bergelar bapa, ayah, abah, papa, daddy, baba dan sebagainya. Semoga semuanya sentiasa dirahmati Allah sepanjang kehidupan ini.


Selamat Hari Bapa kepada abah saya yang berada di kampung. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan Allah.


Selamat Hari Bapa diucapkan teristimewa buat suamiku dan ayah kepada anak-anakku. Terima kasih kerana menjadi ayah yang baik kepada anak-anak kita. Terima kasih atas segala kasih sayang dan pengorbanan yang diberikan. Terima kasih atas segala-galanya.














Sunday 23 July 2017

Idamanku Iron Philips Amway PerfectCare Aqua GC8625

Hati terpaut pada benda alah ni dah lama.. Dah pm usrah mate dari bulan Ogos 2016 lagi.. masa tu dia ada iklankan tentang kutu Iron Philips Amway PerfectCare Aqua GC8625 ni kat fb dia.. Tapi tahankan dulu keinginan tu sbb ada benda lain yg harus diberi keutamaan. Tu citer tahun lepas..


Iron Philips Amway PerfectCare Aqua GC8625


Ngidam dah lama. Lepas tu tahun ni, akhir2 ni, di mood raya masih ada ni, tertengok video iklan Iron Philips Amway PerfectCare Aqua GC8625 ni kat fb...macam best je dia iron baju dalam masa yg singkat dan mudah. Baju tu renyuk terus jadi licin..part butang dan manik pun lancar je menggosok. Memang mengancam... Pikir punya pikir..nak order jugak lah satu.. Decide order je lah dengan usrah mate tu, tolong biz dia.. walaupun ramai je kat luar sana jual iron ni.. Apa salahnya tolong biz kawan kan.. 

So, akhirnya pm dia semula dan masuk order. Sembang punya sembang dapat info harga Iron Philips Amway ni kalau non ahli RM1590.00, harga ahli lebih murah RM1325.00. Better jadi ahli terus..nanti dapat 3% bonus drpd pembelian tu.. Daftar ahli Amway pun cuma RM95.40 Jumlah keseluruhan RM1420.40 Jimat RM169.60
Dengan harga RM1420.40 dapat PERCUMA Giant Ironing Board yang bernilai RM399



FREE Giant Ironing Board yang bernilai RM399



Cepat betul servis Amway.. pada 11 Julai 2017 iaitu dua hari selepas payment, Iron Philips Amway PerfectCare Aqua GC8625 ni dah sampai depan umah. Tak sabar nak guna.. terus guna malam tu jugak rasmikan..

Salah satu sebab beli Iron Philips Amway PerfectCare Aqua GC8625  ni ialah kelemahan saya sendiri yang saya akan dedahkan pada umum sekarang iaitu saya ni teramat "rajin" nak gosok baju.. Tu belum bab lipat kain lagi..hihihi.. Baju kurung saya je saya rajin gosok sbb kain licin kan senang..dan kategori terpaksa la tu.. Tapi kalau kemeja suami (dulu-dulu sblm en.suami ada uniform, dia pakai kemeja) lecehnya nak gosok kann. Penat tau berdiri lama-lama menggosok baju, lenguh kaki, berpeluh-peluh menggosok, baju sekolah anak kain cotton tu pun lama nak bagi dia rata licin.. Kalau iron biasa kita kena laraskan suhu sendiri ikut jenis kain kann.. gosok-gosok tetiba dah 1 jam kat depan iron tapi masih ada renyuk di sini sana.. 



Iron Philips Amway PerfectCare Aqua GC8625


Sebab kedua saya beli Iron Philips Amway PerfectCare Aqua GC8625 ialah, (hihihi... untuk menghilangkan rasa bersalah memiliki produk canggih teknologi terkini dan menghilangkan rasa bersalah transfer duit mencecah ribuan ringgit dlm sekelip mata), saya anggap ni rezeki saya, saya dah saving duit gaji setiap bulan, then 10 Julai pula birthday saya yg ke-40.. Alhamdulillah.., saya anggap ni reward diri setelah berjimat2 menabung sekaligus ini sebagai hadiah hari jadi untuk diri saya sendiri. Maklumlah mama super busy dan masih under treatment lagi.. Kalau anak-anak dan en.suami nak menggosok baju sendiri nanti sangat mudah dan tidak memakan masa yang lama. Yang penting saya dah inform en.suami ttg saya nak beli iron ni, kira dah mintak izin en.suami sblm nak grab iron ni..


Antara kelebihan Iron Philips Amway ni :-
1. Kapasiti Water Tank yang besar iaitu 2.5 liter
2. Proses menggosok 2x lebih cepat
3. Kuasa stim yang tinggi
4. Tidak perlu laraskan suhu untuk gosok sutera, linen, kapas dan kashmir
5. Lebih padat dan ringan
6. 100% MUDAH, SELAMAT dan CEPATT
7. Boleh diguna lebih 3 jam tanpa henti
8. Pakaian tidak akan terbakar jika dibiar dalam masa yang lama
9. Automatik suis terpadam sendiri jika terlupa menutup suis
10. Warranty 2 tahun (Malaysia)


Pastikan model yang tepat iaitu Iron Philips Amway PerfectCare Aqua GC8625 




Iron Philips Amway PerfectCare Aqua GC8625



Jadi kalau ada sesiapa yang dah cukup bajet, dah ada rezeki dan berminat nak grab 1 unit Iron Philips Amway PerfectCare Aqua GC8625 ni bolehlah contact saya, sama-sama kita jadi effective moms. Best sgt tau..recommended pada yg tercari2 gadjet utk memudahkan kerja2 menggosok. Drpd malas menggosok terus jadi rajin menggosok. Suami pun terkejut perubahan isteri nya tau..ahaha..

Dapatkan sekarang pada harga PROMOSi, boleh wasap saya di  www.wasap.my/60197189297/ironphilipsamway



Wednesday 4 January 2017

Anis daftar ke SASEM

Anis dapat masuk asrama..mesti dia suka..dia yang teringin nak duduk asrama..kali ini saya sebagai mama tak membantah permintaan anak untuk duduk asrama. Yelah kan,zaman sekarang ni ibubapa kena menyokong pilihan anak-anak. Anak-anak sudah semakin matang untuk menentukan masa depannya. Sebagai ibubapa hanya doa dipanjatkan dan galakan diberikan buat anak-anak yang tersayang.

Bila surat tawaran sampai, terus saya dan suami buat persediaan Anis nak masuk asrama seperti dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan, medical check-up, x-ray dan kelengkapan pakaian dan perlatan semua kami cuba disediakan. 




Hari ini daftar Anis di SASEM (Sekolah Menengah Sains Sembrong, Kluang). Pagi-pagi ke Dewan Khalifah untuk taklimat ibubapa dan proses pendaftaran serta pembayaran yuran. Ada kaunter-kaunter dibuka mengikut daftar pelajar. Anis dapat Rumah Kuning Hishamuddin Tun Hussein. Kami bergerak ke meja kaunter, menunggu giliran pendaftaran dan pembayaran yuran dengan guru bertugas. 

Hubby yang banyak berkomunikasi dengan cikgu masa daftar ni, sebab saya takde suara selepas RT. Muka pun agak gelap dan kusam. Rasa rendah diri tetapi cuma buat biasa aje. Masa ni pun tak boleh makan solid food lagi. Berdiri lama pun terasa melayang-layang.

Selesai pembayaran yuran barulah sesi taklimat khas untuk ibubapa. Taklimat diadakan agar ibubapa jelas dan faham tentang pendekatan pembelajaran di SASEM.



Lepas daftar ada pelajar yang ditugaskan bawa kita ke Koperasi untuk ambik pakaian, buku dsbnya. Ada baju outing, baju rasmi, baju sukan, cadar, selimut dll.

Lepas dah ambik pakaian di koperasi terus bergerak ke dorm pula. 


Kat dorm ni satu bilik ada 8 orang. Katil 2 tingkat tu ada 4 katil. Locker/almari sorang satu. Saya tolong Anis kemas dan susun barang-barang dia di locker. Tolong sampulkan buku dan kemas-kemas apa yang patut. Setiap bilik ada kakak senior form 4 untuk bantu guide adik-adik baru ni.




Barang-barang toiletries anak-anak SASEM susun kemas di tempat yang dikhaskan.


Mesin basuh berbayar. Sekali basuh RM2.00 Kalau nak basuh kain kena cukup banyak baru basuh, kalau tak membazir la bayar RM2.00 jika basuh hanya sepasang baju. Kat sini anak-anak belajar urus diri, planning bila nak basuh baju, nak share dgn baju kawan pun boleh kongsi seorang seringgit.



Toiletnya besar dan bersih.


Sinki pun banyak..



Dewan makan yang besar..




Telekung tergantung kemas di surau asrama. Jaga solat ye..



Susun Al-Quran comel-comel sebab si pembacanya tu pun comel..:) Best kata-kata ni..nak ciplak nanti.


Semoga anakku berjaya di dunia dan akhirat, semoga menjadi anak yang solehah penyejuk hati penyejuk mata mama dan ayah. Perjalananmu masih panjang. All the best!!
Mama sentiasa mendoakan yang terbaik buat semua anak-anak mama.

Lepas ni Kulai -> Kluang pasti jadi bukti kasih sayang keluarga kita.. mau-mau untuk 5 tahun kau belajar di situ nak.. Pasti kami sekeluarga datang untuk membawamu outing ke bandar, ambik dan hantar untuk outing bermalam, tu belum termasuk ziarah rindu..




Sunday 26 June 2016

Pengalaman Biopsi Di Leher

Incisional Biopsy.

Nervesnya hari ni nak kena buat biopsi..

Dah mintak tangguh dengan doktor untuk tunda selepas raya tapi doktor tak benarkan. Siap ugut nak hantar polis datang rumah cari jika tak datang ke hospital. Mula-mula saya kena buat biopsi pada 20/6/2016 tu juga tapi saya mintak tangguh kerana tak bersedia buat pada tarikh tu dicampur dengan perasaan terkejut dan tak tau apa itu biopsi..kenapa mesti buat biopsi. Macam-macam lagi persoalan bermain di minda. Last last dapat tarikh 26/6/2016 untuk buat biopsi. Tak boleh tidak kena buat jugak.

Dengan perasaan gementar, pagi ni saya pun melangkahkan kaki ke Hospital Sultanah Aminah untuk ke sekian kalinya.

Berjalan dari kawasan parking sambil menggenggam tangan en.suami.. Mulut terkumat-kamit membaca zikir, selawat dsbnya.

Selesai mengambil nombor giliran, saya terus mencari kerusi kosong.. menanti dengan penuh debar..

Nama saya dipanggil "Rahimah.."

Saya melangkah lemah ke Bilik 3..

"Macamana puan..boleh kita buat hari ini..?" tanya Doktor Shanty yang comel tu..

Saya berdoa, saya berserah dan saya bertawakal..
"Boleh doktor.." jawab saya lemah saja..Dalam hati ingin saya katakan "tak yah buat tak boleh ke doktor"

"Okay..puan tunggu di depan bilik 6 ye. Nanti saya panggil."

Di depan bilik 6 saya menunggu  bersama en.suami yang setia menemani ..

Setelah menunggu beberapa minit, saya dipanggil masuk ke Bilik 6. Di dalam bilik 6 tu rupa-rupanya ada bilik lagi untuk minor operation. Saya diminta salin pakaian hospital berwarna hijau tu. Saya pun baring di katil pembedahan. Kepala mengiring ke kanan sedikit kerana leher kiri yang akan dibiopsi. Peralatan melakukan biopsi telah disediakan oleh pembantu perubatan tu. Saya ternampak apa yang boleh nampak seperti tiub untuk menyalurkan darah dan mendengar bunyi-bunyi alat pembedahan berlaga-laga. Bius setempat dimulakan. Sakit sedikit semasa jarum disuntik. Saya tahankan. Bila dah kebas doktor pun memulakan kerjanya. Sentiasa dia memantau keadaan saya.

"Okay tak puan..Sakit tak.. Sakit ke rasa?" tanya Doktor Shanty

Bila terasa sakit aku beritahu pada doktor dan doktor Shanty menambah lagi ubat bius.

"Sakit ke rasa puan. Rasa tapi tak sakit, kan?" Doktor Shanty meminta kepastian daripada saya.

"Ye..dah tak sakit.." Ubat bius sudah meresap. Dan telinga mendengar aktiviti yang doktor lakukan (bunyi2 alat dsbnya)
Saya teruskan zikir, selawat dan doa. Mohon agar Allah permudahkan urusan biopsi ini.

"Cukuplah Allah bagiku (Yang Menolong dan Memeliharaku), Tiada Tuhan Melainkan Dia; Kepadanya Aku berserah diri, Dan Dialah Yang Mempunyai Arasy Yang Agung."
Surah At-Taubah :129

Prosedur biopsi ni dalam satu jam juga lamanya termasuk jahit kembali luka biopsi tersebut.

prosedur biopsi


Doktor Shanty menunjukkan sample tisu daging yang diambil dari leher kiri saya. Kecil sahaja dalam anggaran 1cm. Selesai biopsi, saya bangun dan tukar pakaian semula.

Keluar bilik bedah dan pulang ke rumah. Tunggu sahaja result biopsi minggu depan.

Takde ubat apa-apa dibekalkan. Cuma doktor pesan jangan kena air. Bandage putih diluar boleh buka selepas 2-3 hari tetapi lapisan jernih tu biar sahaja kata doktor. Seminggu lagi datang jumpa doktor lagi.

Arghh..lega campur berdebar-debar.. Lega dah selesai biopsi dan berdebar-debar tunggu result keluar nanti..

Monday 9 November 2015

BATIK SONGKET SARAWAK

Assalamualaikum semua..

Hari ni cuti baru sempat nak update blog..

Saya jual kain sekarang ni..Batik Songket Sarawak yang tengah meletop letop ni..
Design yg sgt cantik ala-ala REAL SONGKET.
2 meter bidang 45.
Material Soft Cotton.

Batik Songket Sarawak tu macamane? Kain apa? Songket ke? Batik ke?

Okay...meh saya explain sikit..Mungkin ada yang confused sbb nama dia Batik Songket Sarawak..ramai yang inagt ni kain songket takut panas dan rimas..

BUKAN...ni sebenarnya kain Batik yang bercorak ala-ala Songket Printed.
Kenapa ada Sarawak tu?
Sebab kain ni supplier semua di Sarawak dan kebanyakan semua supplier di Sarawak ambil stok dari kilang di Indonesia.

Design mana yang paling famous?
Design yang paling famous ialah BALI PRADA.
Bali Prada dia ada banyak kod. Yang pasti kualiti kain memang tip top. Material kain batik cotton, tapi design sangat cantik, ada effect benang emas (shining), lembut dan sedap dipakai.

Ukuran bape meter?
Ukuran untuk sehelai kain ialah standard kain batik iaitu lebih kurang 2 meter atau 1.9 meter. So, kita boleh dapatkan match dia daripada kain plain material dull satin. Sesuai untuk membuat baju kurung, jubah, dress, baju melayu, kemeja, samping dan lain-lain. Asalkan anda kreatif dan jumpa tailor yang berbakat.

Saya start jual pada penghujung bulan Oktober 2015. Saya just minat meniaga dan nak pelbagaikan produk yang saya jual.. Bila orang tanya, "Wahh Imah! macam2 ko jual sekarang.." apa yang saya boleh jawab ialah saya nak menjemput rezeki, saya nak bantu orang dapatkan produk dengan harga murah/harga borong..adik beradik ipar duai saya family semua dapatlah merasa pakai batik songket sarawak ni sbb sy jual murah berbaloi..

Harga bape saya jual?
Jangan pening-pening..saya jual harga terlajak murah..RM25.00 sehelai tidak termasuk pos.

Pos bape?
Postage rate :
1-3 helai rm10
4-6 helai rm20
7-10 helai rm30

Kalau ada yang minat nak dapatkan stok batik songket sarawak ni boleh wassap saya 019-7189297.


Ni design yang saya ada jual :-
- Bali Prada Code 172
- AG 03
- Bunga Api
- Diamond
BALI PRADA


AG O3


BUNGA API


DIAMOND


 boleh buat baju kurung moden


baju sedondon


bali prada


boleh buat sampin


boleh buat baju mcm2 asalkan kreatif