Wednesday 11 December 2013

RESEPI LAMB CHOP BLACK PEPPER

Assalamu'alaikum w.b.t

Masa kitaorang pegi shopping grocery kat Mydin.. Tetiba hubby ambik daging kambing dan suruh buat lamb chop.. Take time jugak saya nak buat. Simpan dlm fridge sekian minggu, last2 tak boleh tidak kena masak jgk.. Sesekali kita western pulak..

Ni resepinya saya google tapi dah lupa kat mana..sorry ye empunya resepi..


UNTUK PERAP DAGING KAMBING

5 kepingan daging kambing
1 kiub ayam
lada hitam kasar
lada sulah
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
herba Rosemarry
herba Tyme
herba Oregano
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
sedikit minyak zaitun (kalau ada)

Cara-caranya :-
1. Bersihkan daging .
2. Ketuk-ketuk sikit kepingan daging supaya tidak liat.
3. Lumur kepingan daging kambing dengan kiub ayam, lada hitam kasar, lada sulah dan herba Rosemarry, Tyme dan Oregano. (atau mixed herba)
4. Gaulkan dengan sos tiram, kicap manis dan bahan tumbuk.
5. Letak sedikit minyak zaitun supaya daging tak kering.
6. Perap selama 1-2 jam. Lagi lama lagi bagus. Semalaman pun boleh.
7. Grill hingga masak setelah diperap.



UNTUK BUAT COLESLAW

Kobis 1
Lobak merah 1
Perahan lemon/cuka 1 sudu makan
Secubit garam
5 sudu gula pasir (saya kurangkan 4 sudu je)
4 sudu susu tepung (boleh jgk 3 sudu)

Cara membuatnya :-
1. Kobis dan lobak merah dipotong halus-halus. Ketepikan dan cuci bersih-bersih. Toskan.
2. Dalam mangkuk lain, satukan perahan lemon, secubit garam, gula pasir dan susu tepung. Gaul hingga sebati.
3. Masukkan kobis dan lobak merah dalam ramuan tadi. Gaul sebati.
4. Simpan dalam fridge sekejap sebelum dihidang.



UNTUK BUAT MASHED POTATO

6-8 biji kentang
2 sudu makan mentega
1/4 cawan susu segar
sedikit serbuk lada hitam kasar (jika suka)
1 sudu kecil garam

Cara membuatnya :-
1. Rebus kentang hingga empuk. Saya masukkan 1 sudu kecil garam semasa merebus kentang.
2. Bila dah empuk, toskan airnya.
3. Kupas kulit kentang dan lenyek kentang semasa ia masih panas. (nak kupas kulit dulu pun boleh sebelum direbus)
3. Masukkan mentega dan susu segar sedikit demi sedikit sambil lenyek lagi hingga halus. Gaul rata.
4. Kalau suka boleh tambah serbuk lada hitam kasar. Gaul rata lagi.



UNTUK BUAT SOS BLACK PEPPER

1 labu bawang besar holland (dicincang halus)
4 sudu besar (rata) tepung gandum (bancuh dengan air)
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis
4 sb sos lada hitam
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air
2 sb mentega
herba Oregano (jika suka)

Cara membuatnya :-
1. Cairkan mentega di dalam periuk, tumis bawang holland cincang hingga wangi.
2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar. Tumis sekejap.
3. Masukkan tepung gandum yang sudah dibancuh dengan air. Kacau sebati.
4. Masukkan air. Kacau sebati.
5. Masukkan kiub ayam.
6. Masukkan sos lada hitam, sos tiram dan kicap manis. Kalau nampak pekat, bolrh tambah sedikit air lagi.
7. Sesuaikan rasa. Kalau nak lebih gelap lagi, tambah sukatan kicap manis.


UNTUK PLATING (HIDANG)

1. Goreng sedikit kentang goreng.
2. Sedikit daun salad.
3. 2 biji tomato dihiris.
4. Susun dipinggan mengikut kreativiti anda.

 Ni dah hidang..


Saya buat 5 pinggan untuk keluarga...


Sedap hingga menjilat jari.. Jangan lupa tolong mama kemas dapur ye..