Monday 9 November 2015

BATIK SONGKET SARAWAK

Assalamualaikum semua..

Hari ni cuti baru sempat nak update blog..

Saya jual kain sekarang ni..Batik Songket Sarawak yang tengah meletop letop ni..
Design yg sgt cantik ala-ala REAL SONGKET.
2 meter bidang 45.
Material Soft Cotton.

Batik Songket Sarawak tu macamane? Kain apa? Songket ke? Batik ke?

Okay...meh saya explain sikit..Mungkin ada yang confused sbb nama dia Batik Songket Sarawak..ramai yang inagt ni kain songket takut panas dan rimas..

BUKAN...ni sebenarnya kain Batik yang bercorak ala-ala Songket Printed.
Kenapa ada Sarawak tu?
Sebab kain ni supplier semua di Sarawak dan kebanyakan semua supplier di Sarawak ambil stok dari kilang di Indonesia.

Design mana yang paling famous?
Design yang paling famous ialah BALI PRADA.
Bali Prada dia ada banyak kod. Yang pasti kualiti kain memang tip top. Material kain batik cotton, tapi design sangat cantik, ada effect benang emas (shining), lembut dan sedap dipakai.

Ukuran bape meter?
Ukuran untuk sehelai kain ialah standard kain batik iaitu lebih kurang 2 meter atau 1.9 meter. So, kita boleh dapatkan match dia daripada kain plain material dull satin. Sesuai untuk membuat baju kurung, jubah, dress, baju melayu, kemeja, samping dan lain-lain. Asalkan anda kreatif dan jumpa tailor yang berbakat.

Saya start jual pada penghujung bulan Oktober 2015. Saya just minat meniaga dan nak pelbagaikan produk yang saya jual.. Bila orang tanya, "Wahh Imah! macam2 ko jual sekarang.." apa yang saya boleh jawab ialah saya nak menjemput rezeki, saya nak bantu orang dapatkan produk dengan harga murah/harga borong..adik beradik ipar duai saya family semua dapatlah merasa pakai batik songket sarawak ni sbb sy jual murah berbaloi..

Harga bape saya jual?
Jangan pening-pening..saya jual harga terlajak murah..RM25.00 sehelai tidak termasuk pos.

Pos bape?
Postage rate :
1-3 helai rm10
4-6 helai rm20
7-10 helai rm30

Kalau ada yang minat nak dapatkan stok batik songket sarawak ni boleh wassap saya 019-7189297.


Ni design yang saya ada jual :-
- Bali Prada Code 172
- AG 03
- Bunga Api
- Diamond
BALI PRADA


AG O3


BUNGA API


DIAMOND


 boleh buat baju kurung moden


baju sedondon


bali prada


boleh buat sampin


boleh buat baju mcm2 asalkan kreatif














Saturday 7 November 2015

AKU DAN EMAS POWERGOLD

Assalamualaikum semua..

Dah lama tak update blog ni...
Takpelah ek..blog ni sekadar hobi di masa lapang..
Sapa yang singgah dan sudi baca tu thank you so much ye..

Entri kali ni ttg Emas.
kenapa Emas...meh saya citer..
Sebenarnya tarikh 15 Oktober 2015 iaitu Awal Muharram 1437H saya telah mendaftarkan diri sebagai ahli powergold...ini untuk masa depan. Saya pilih tarikh ni sbg tarikh hijrah saya ke arah celik emas..

macam pernah dengar ke Powergold? Anda bila lagi..jangan kaji lama sangat..bertindak je skrg mcm saya...terus decide pakej solid gold 450..dapat percuma 1/4 dinar (1.0625gram) 999.9

Kenapa saya pilih Powergold?
- sebab nak menyimpan emas ...demi masa depan

dan ada 5 rahsia lagi yang membuatkan ramai tertarik dengan powergold

5 RAHSIA KENAPA RAMAI JOIN POWERGOLD

1. Produk Emas
Satu dunia kenal emas, suka emas dan ingin memiliki emas, jadi prospek amat meluas, tak perlu panjang lebar untuk buat marketing, produk hot powergold ialah 999.9 goldbar 1gram yang susah kita nak cari, bukan semua kedai emas ada jual, kalau ada pun harga sangat mahal. Dengan berat 1 gram ini amat mudah untuk dimiliki dan mudah untuk dijual jika kita berniaga.

2. Harga
Biasanya program yang ada plan network ni harga produknya mahal berganda2 tapi harga produk powergold terbukti lebih murah daripada harga pasaran, orang-orang biasa pun berminat join untuk saving, biasanya jugak kalau buat program network ni kena cari geng2 yang suka network je, tapi kat powergold semua golongan boleh join seperti golongan yang suka saving, trading dan networking, siapapun adalah prospek kita termasuk yang paling dekat dengan kita iaitu adik beradik kita.

3. Kilang Sendiri
Powergold adalah anak syarikat Amethyst Gold Creation yang dah lebih 10 tahun trading emas. Jadi pengalaman syarikat sudah lama dalam urusniaga emas dan dipercayai...maka susah untuk syarikat-syarikat lain meniru atau lawan harga, maka kurang atau tiada langsung persaingan buat masa ini..

4. Ada Bonus Pencen
Bonus pencen ini bonus dari belian ulangan ahli dari network kita, kita overiding sehingga 5 level, bonus ini kecil tetapi semakin naik dari bulan ke bulan, jika rajin usaha tak ada masalah untuk dapat 4k-5k sebulan dari bonus ini, kenapa bonus ini the best? Contoh, jika network kita dah tak berkembang tetapi selagi ahli di rangkaian kita membeli maka income akan berterusan, kenapa mereka akan terus membeli? kerana kadar harga jual beli (spread) emas powergold memang TERBAIK!!..harga yang tidak ditawarkan oleh kedai emas dan lain-lain syarikat, adakah kita rugi maintain membeli emas untuk simpanan?...fikir-fikirkan..

5. Syarikat dan Kilang 100% Bumiputera
Sokonglah produk keluaran bumiputera dan usahawan bumiputera.







Kalau anda pun buat keputusan nak memilih powergold macam saya, boleh whatsapp saya 019-7189297.


Thursday 24 September 2015

Resepi Semperit Susu Gebu Rangup

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha esok. Taqabballallahu minna wa minkum. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan menerima segala amalan kita. Moga berbahagia bersama keluarga. 


Di malam raya ni saya bertemankan Semperit Susu yang gebu dan cair di mulut..:)

Anak-anak pun suka rasa biskut klasik ni sebab rasanya yang manis, lemak dan rangup. Dah 3 kali saya buat biskut ni. Memang tak jemu. Dah jadi hidangan wajib di hari raya. 

Lagipun kali ini saya buat sebab nak bawa ke rumah mak esok. Beraya di Batu Pahat. Mak asyik tengok gambar yang saya hantar di whatsapp tapi belum dapat rasa air tangan saya ni. Tu yang buat lagi. Adunan biskut ni agak lembik dan melekat tapi jangan tambah tepung lagi sebab ni dah elok rasa gebu dan rangupnya. Saya terus terap je lepas dah siap adunannya.











Bahan-bahannya :-
250 gm mentega (saya guna Buttercup)
1 cawan susu pekat (saya guna F&N)
500 gm tepung jagung (saya guna brand Nona)
1 sudu teh esen vanilla
pewarna yang disukai
manik gula untuk hiasan

Cara penyediaannya :-

1. Lembutkan mentega dengan meletakkan pada suhu bilik buat seketika. Dengan menggunakan whisk, pukul mentega bersama susu pekat hingga sebati dan licin. Tak perlu pukul terlalu lama kerana takut biskut menjadi kembang apabila dibakar nanti. 

2. Masukkan esen vanilla dan diikuti tepung jagung sedikit demi sedikit. Gaul tepung sehingga sebati dan sehingga menjadi doh yang lembut. 


3. Kemudian saya bahagikan doh kepada 2 bahagian. 1 bahagian saya warnakan merah jambu lembut dan 1 bahagian lagi saya biarkan warna asli doh tersebut. Gaul pewarna hingga sebati. 


3. Terap doh dengan acuan. Saya menggunakan acuan semperit pecah 11. Hias dengan manik gula atau coklat chip pun boleh. 


4. Bakar selama 15-20 minit dengan suhu 150C.


Adunan ini saya dapat 3 telap. 




 Alhamdulillah..


Wednesday 24 June 2015

Pengurusan Stress

Ingin saya abadikan nota Kursus Pengurusan Stress di sini..



Sebab Stress
Apabila kita diminta sesuatu (demand) di luar kemampuan kita.
Termasuk daripada : murid, ibubapa, rakan, anak, suami, mertua, keluarga, syarikat dll.

Keupayaan meluahkan stress

Bijak memendam rasa



Punca-punca stress
-dapat arahan secara tiba-tiba
-letih
-tidak dihargai
-seseorang tidak mahu ikut kata
-fikir masalah berat
-dimarah tanpa usul periksa
-melakukan kesilapan


Tindakbalas terhadap stress
-marah
-berpeluh tapak tangan
-migrain
-pelupa
-badan rasa lemah


Stress itu perlu. Ada positifnya.
Jika tiada stress, tak buat kerja la pulak..

Kita tak dapat lari daripada stress. Kadarnya berbeza bagi setiap orang. Yang penting bagaimana kita menanganinya.

Bagaimana mengurus stress
-mengurus diri
-mengurus pemikiran
-mengurus jasadi
-management qalbu spt doa dan baca quran.


Masalah dan Konflik

Masalah - sesuatu yang memerlukan penyelesaian.
               - perka/keadaan yang menimbulkan kesukaran/kesulitan.

Konflik - perselisihan/pertentangan antara individu, idea, kepentingan dll.

Konflik sosial - satu ketidaksetujuan matlamat kerana apabila sesuatu pihak mendapat                                                   kebaikan, keburukan/kehilangan berlaku kepada pihak yang lain.


Bentuk Konflik
1) Konflik intrapersonal - konflik matlamat
                                        - kekecewaan

2) Konflik interpersonal - konflik individu dengan individu
                                        - konflik individu dengan kumpulan

3) Konflik antara kumpulan



* Kemahiran itu dapat  dengan cara melakukannya sendiri.


KEMAHIRAN YANG PERLU DIBINA.

1) PUJI BENDA
Contoh ayat :-
Saya suka bunga di atas meja itu kerana ia menceriakan suasana.

2) PUJI DIRI
Contoh ayat :-
Saya suka diri saya kerana saya manis dan baik hati.

3) PUJI ORANG LAIN
Contoh Ayat :-
Saya suka sikap anda yang mudah mesra walaupun kita baru kenal.

4) BERI PANDANGAN/CADANGAN BARU
Contoh ayat :-
Saya cadangkan agar kawasan anjung depan dipasang awning hingga ke pagar.

5) BERI PANDANGAN KONTRA
Contoh ayat :-
Saya tidak setuju duduk di kerusi lama-lama kerana nanti sakit pinggang, lebih elok jika kita semua duduk bersila sahaja kerana agak bebas bergerak.

6) Soalan : Apa jadi jika tidak berpuashati?
    Jawapan : Luahkan dengan sopan dan berani.

Thursday 4 June 2015

Jalan2 ke Aquaria KLCC 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari ni 31 Jun 2015, hari kedua berada di Selangor setelah semalam Halim bertunang di Bangi.


Nak balik Johor terus tu tidaklah..

Plan macam nak bawa anak2 jalan2 KL dulu memandangkan sekarang ni cuti sekolah pertengahan tahun.

Pakat2 dengan adik beradik last2 kitaorang decide gi KLCC. Dari Bangi gi TBS. Parking kereta kat TBS then naik train ke KLCC.

Memula jenjalan kat Suria KLCC shj...lepak2 depan tasik sambil makan roti. Tu lunch sebenarnya...hahaha...lunch mkn roti je? Sebenarnya, pagi tadi Faezah tunang Halim dah sediakan sarapan berat utk kami sblm check out homestay tu. Menu nasi goreng, lempeng cicah kuah kari ikan tenggiri, pau kukus pun ada. Masih agak kenyang.

Selepas makan roti, jalan2 dan cari toilet, terasa masih tak cukup terhibur dengan 'window shopping' maka kitaorg pun ajak Dura gi Aquaria. Sesekali bawak mak jalan2 KL.



 Di ruang menunggu ketika membeli tiket.. Sorang je beratur beli tiket cukup.. Yang lain duduk kat sini tunggu je. Tiket dah naik harga dah.. termasuk GST
Dewasa RM40.00 Kanak-kanak RM30.00
Total hubby byr RM180.00 untuk 3 dewasa dan 2 kanak-kanak. 
Rania je tak kena bayar sbb umur baru setahun lebih.


 Arapaima


Penyu


 Ni apa ntah...ular ke..tapi kecil sgt..


Kuda laut











Si kecik ni takut masuk akuarium terowong ni...adoiyaii..


Dah puas round kami pun gegas balik ke TBS sebab Dura ada function kat Seremban.



Friday 24 April 2015

Losyen Langsing Wangian Exclusive INSPIRE

LOSYEN LANGSING WANGIAN EXCLUSIVE INSPIRE

Memang MURAH giler.. SAPU je.. lagipun bau WANGI macam pakai Minyak Wangi yang famous tu..
Kempiskan perut dengan Haruman Exclusive, Kos Murah Tetapi Sangat Efektif !
Losyen INSPIRE sangat harum berdasarkan wangian yang diinspirasikan dari minyak wangi jenama terkenal Antarabangsa.
Tiada siapa pun yang perasan sebenarnya anda sedang menggunakan produk PELANGSINGAN dan sedang menyingkirkan LEMAK dibadan tetapi pada masa yang sama anda seperti sedang menggunakan minyak wangi yang berjenama.

2 in 1 = WANGI + LANGSING
Ramai yang dah slim turun berkilo-kilo..
Yang bestnya losyen ni wangi..boleh singkir lemak dan anda macam pakai minyak wangi 'branded'

Terdapat 6 haruman yang boleh anda pilih:-
✔3 Haruman utk Lelaki :-
1. ONE MILLION MAN
2. DESIRE BLUE
3. ETERNITY
✔3 Haruman utk Wanita :-
1. GUCCI FLORA
2. LADY MILLION
3. ANGEL
===================================================
Ketahui Rahsia Kenapa Losyen INSPIRE ini ramai yang nak cuba.
FUNGSI UTAMA :-
[✔] Menghilangkan Dagu Berlapis (Sedikit sapuan)
[✔] Mengecilkan Lengan Yang Berlemak
[✔] Mengurangkan Perut Buncit
[✔] Memecahkan Lemak-lemak Berlebihan
[✔] Menghilangkan Selulit Dan Tanda Regangan
[✔] Melangsing Dan Mencantikkan Bentuk Badan
[✔] Melegakan Sakit-sakit Sendi Dan Otot
[✔] Melegakan Ketidakselesaan Senggugut
[✔] Membuang Lebihan Angin Dalam Badan

SAPU JE Losyen INSPIRE .....
Memang terbukti berkesan untuk mereka yang ada masalah seperti diatas. Kita dah ada ramai testimoni!!

CIRI-CIRI LOSYEN :-
[✔] Sangat Wangi (Haruman Inspirasi)
[✔] Wangian Kekal Sepanjang Hari
[✔] Kesan Dan Tindakan Serta-merta
[✔] Tidak Rasa Melekit
[✔] Tidak Terlalu Panas
[✔] Tidak Berminyak Dan Mudah Menyerap
[✔] Tahan Lama Dalam Apa Jua Cuaca
[✔] Mudah Digunakan Pada Bila-bila Masa
[✔] Sesuai Untuk Semua Tempat dan Kegunaan
[✔] Bebas dari 'PARABEN' Dan Bahan Kimia Yang Berbahaya
[✔] Proses Pengilangan Produk Bertaraf GMP
[✔] Boleh bawak solat kerana tiada Alkohol
[✔] Murah Dan Sangat Efektif

CARA PENGGUNAAN LOSYEN :-
~ Sebaik-baiknya 2X sehari selepas mandi.
~ Urut perlahan-lahan dalam masa 1-3 minit.

Kandungan : 65ML

DAPATKAN SEKARANG PADA HARGA RM30 (S/M) , RM35 (S/S)

ORDER SEKARANG !!
>>> SMS / WhatsApp ke 019-718 9297




























Okay, tu iklan losyen inspire ni..

Saya merupakan EJEN GOLD bermula 17 APRIL 2015. 
FB Pages saya : Losyen Langsing Wangian Eksklusif Inspire.
Jom dapatkan sekarang !!
>>> SMS / WhatsApp ke 019-718 9297