Thursday 4 June 2015

Jalan2 ke Aquaria KLCC 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari ni 31 Jun 2015, hari kedua berada di Selangor setelah semalam Halim bertunang di Bangi.


Nak balik Johor terus tu tidaklah..

Plan macam nak bawa anak2 jalan2 KL dulu memandangkan sekarang ni cuti sekolah pertengahan tahun.

Pakat2 dengan adik beradik last2 kitaorang decide gi KLCC. Dari Bangi gi TBS. Parking kereta kat TBS then naik train ke KLCC.

Memula jenjalan kat Suria KLCC shj...lepak2 depan tasik sambil makan roti. Tu lunch sebenarnya...hahaha...lunch mkn roti je? Sebenarnya, pagi tadi Faezah tunang Halim dah sediakan sarapan berat utk kami sblm check out homestay tu. Menu nasi goreng, lempeng cicah kuah kari ikan tenggiri, pau kukus pun ada. Masih agak kenyang.

Selepas makan roti, jalan2 dan cari toilet, terasa masih tak cukup terhibur dengan 'window shopping' maka kitaorg pun ajak Dura gi Aquaria. Sesekali bawak mak jalan2 KL.



 Di ruang menunggu ketika membeli tiket.. Sorang je beratur beli tiket cukup.. Yang lain duduk kat sini tunggu je. Tiket dah naik harga dah.. termasuk GST
Dewasa RM40.00 Kanak-kanak RM30.00
Total hubby byr RM180.00 untuk 3 dewasa dan 2 kanak-kanak. 
Rania je tak kena bayar sbb umur baru setahun lebih.


 Arapaima


Penyu


 Ni apa ntah...ular ke..tapi kecil sgt..


Kuda laut











Si kecik ni takut masuk akuarium terowong ni...adoiyaii..


Dah puas round kami pun gegas balik ke TBS sebab Dura ada function kat Seremban.



No comments:

Post a Comment