Thursday, 24 September 2015

Resepi Semperit Susu Gebu Rangup

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha esok. Taqabballallahu minna wa minkum. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan menerima segala amalan kita. Moga berbahagia bersama keluarga. 


Di malam raya ni saya bertemankan Semperit Susu yang gebu dan cair di mulut..:)

Anak-anak pun suka rasa biskut klasik ni sebab rasanya yang manis, lemak dan rangup. Dah 3 kali saya buat biskut ni. Memang tak jemu. Dah jadi hidangan wajib di hari raya. 

Lagipun kali ini saya buat sebab nak bawa ke rumah mak esok. Beraya di Batu Pahat. Mak asyik tengok gambar yang saya hantar di whatsapp tapi belum dapat rasa air tangan saya ni. Tu yang buat lagi. Adunan biskut ni agak lembik dan melekat tapi jangan tambah tepung lagi sebab ni dah elok rasa gebu dan rangupnya. Saya terus terap je lepas dah siap adunannya.











Bahan-bahannya :-
250 gm mentega (saya guna Buttercup)
1 cawan susu pekat (saya guna F&N)
500 gm tepung jagung (saya guna brand Nona)
1 sudu teh esen vanilla
pewarna yang disukai
manik gula untuk hiasan

Cara penyediaannya :-

1. Lembutkan mentega dengan meletakkan pada suhu bilik buat seketika. Dengan menggunakan whisk, pukul mentega bersama susu pekat hingga sebati dan licin. Tak perlu pukul terlalu lama kerana takut biskut menjadi kembang apabila dibakar nanti. 

2. Masukkan esen vanilla dan diikuti tepung jagung sedikit demi sedikit. Gaul tepung sehingga sebati dan sehingga menjadi doh yang lembut. 


3. Kemudian saya bahagikan doh kepada 2 bahagian. 1 bahagian saya warnakan merah jambu lembut dan 1 bahagian lagi saya biarkan warna asli doh tersebut. Gaul pewarna hingga sebati. 


3. Terap doh dengan acuan. Saya menggunakan acuan semperit pecah 11. Hias dengan manik gula atau coklat chip pun boleh. 


4. Bakar selama 15-20 minit dengan suhu 150C.


Adunan ini saya dapat 3 telap. 




 Alhamdulillah..


No comments:

Post a Comment