Terbaca tentang permohonan rumah mampu milik negeri Johor. Terus nak jgk buat entri ttg itu. Saya dah ada rumah kan.. Just nak war-warkan lagi info ni untuk adik-beradik saya, saudara-mara, sahabat handai, rakan taulan dan sesiapa sahaja yang belum beli rumah dan mahu memiliki rumah.
e-Rumah Sistem Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Johor. Mudah. Pantas. Jimat kertas. Cuma masuk ke URL berikut http://erumah.johor.gov.my/
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN | ||
1. | Warganegara Malaysia, menetap selama 5 TAHUN di Negeri Johor dan berumur 18 tahun keatas. | |
2. | Berkahwin / bujang layak memohon | |
3. | Hanya satu permohonan bagi pasangan suami/isteri. Manakala permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon. | |
4. | Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua iaitu PKJ B | |
5. | Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon RMMJ | |
6. | Pemohon/pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana/mewah TIDAK LAYAK memohon | |
7. | Semua DOKUMEN SOKONGAN berserta SURAT AKUAN SUMPAH hendaklah di HANTAR SENDIRI ke kaunter SUK Bahagian Perumahan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pendaftaran. Sekiranya melebihi tempoh tersebut, permohonan akan LUPUT/BATAL | |
8. | Semua DOKUMEN SOKONGAN & SURAT AKUAN SUMPAHyang dikirim melalui POS TIDAK AKAN DITERIMA. | |
9. | Pemohon hendaklah membawa kad pengenalan ASAL semasa membuat pembayaran. |
PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK NEGERI JOHOR
SYARAT PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK NEGERI JOHOR.
MENGENAI BAHAGIAN PERUMAHAN KERAJAAN NEGERI JOHOR
So, bolehlah memohon bagi yang mahu memilikinya..
No comments:
Post a Comment